Memanggil Semua Kaki Tangkap Gambar Makanan!
- aiman ms
- Dec 30, 2020
- 2 min read
Updated: Jan 11, 2021
WARONG ingin mengajak anda semua untuk menyertai pertandingan fotografi makanan anjuran kami dan anda berpeluang memenangi hadiah iaitu 'homemade cookies' resepi istimewa oleh Dapur Lis!
Caranya mudah sahaja, hantarkan gambar makanan terbaik yang pernah anda tangkap berserta kapsyen. Gambar yang terbaik akan dipilih sebagai pemenang! Untuk menyertai pertandingan ini, anda perlu LIKE dan FOLLOW laman WARONG dan juga Dapur Lis di Facebook dan Instagram serta tag 3 kawan anda sekali. Jika tidak, penyertaan anda tidak akan dikira tau!
Sebarang pertanyaan, boleh terus ke bertanyakan kepada kami. Apa lagi? Jom!
Syarat dan terma pertandingan adalah seperti berikut:
1. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia
2. Wajib ikuti (follow) instagram rasmi @warongzine dan @dapur.lis
3. Like dan repost/share hantaran ini serta tag tiga orang rakan di bahagian komen.
4. Peserta dikehendaki mengambil gambar makanan lokal.
5. Muatnaik gambar di laman sosial Instagram berserta dengan kapsyen yang menarik dan sertakan bersama tanda pagar #GengWARONG, #SapotLokal dan #DapurLis
6. Pastikan akaun Instagram anda berada dalam tetapan umum (public).
7. WARONG akan repost semula semua gambar yang dimuatnaik peserta di laman instagram rasmi WARONG.
8. Gambar beserta dengan kapsyen yang paling unik, menarik dan kreatif akan dipilih sebagai pemenang.
9. Pemenang akan diumumkan pada 14 Januari 2021 dan LIMA orang pemenang bertuah akan menerima hadiah cookies homemade resepi istimewa daripada @dapur.lis.
10. Tiada had penyertaan dan peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang boleh.
11. Pastikan gambar yang diambil adalah gambar asli dan pihak WARONG tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana isu perlanggaran hak cipta.
12. Penganjur berhak melakukan apa-apa pindaan peraturan peraduan dan segala keputusan penganjur adalah muktamad.
Jom bersama kami di WARONG, kita bantu pengusaha makanan lokal! Geng WARONG #SapotLokal
LIKE dan FOLLOW laman media sosial kami melalui pautan berikut:
Facebook: facebook.com/warongzine
Instagram: @warongzine
Kommentarer