Resepi Mudah Salmon Berlada Guna 3 Bahan Sahaja!
- Nazreen Izahar
- Nov 23, 2020
- 1 min read
Updated: Jan 11, 2021
Salmon merupakan salah sebuah jenis ikan yang cukup enak dan mempunyai rasa 'premium' setiap kali menjamunya.
Ianya boleh dimasak dengan pelbagai cara. Dan kali ini kami ingin tunjukkan kepada anda cara untuk masa salmon berlada dengan gunakan 3 bahan sahaja!
Okay jom kita mula. Di bawah adalah bahan-bahan dan cara pembuatannya untuk 3 orang makan:
Bahan-bahan:
- 115 gram ikan salmon dalam bentuk tiga filet.
- setengah cawan sos cili (130 gram)
- suku cawan daun bawang (25 gram) yang dipotong
Kaedah:
- Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius
- Di dalam mangkuk, gabungkan ikan salmon, sos cili dan daun bawang
- Letakkan filet salmon yang telah digabungkan dengan dua bahan lain tadi di dalam dulang pembakar yang dilapik dengan kertas penaik (baking paper)
- Jangan lupa sapu baki sos yang tertinggal di atas salmon itu ya!
- Bakar selama 12-15 minit, tunggu sehingga salmon itu sudah masak tetapi isinya masih lagi lembut (tender)
SIAP! Kredit: Tasty

Commentaires