5 Makanan Sunnah Yang Boleh Diamalkan Untuk Badan Kekal Sihat
- nabilah zulkeflee
- Jan 8, 2021
- 2 min read
Updated: Jan 11, 2021
Penjagaan pemakanan yang baik itu amat penting untuk memiliki tubuh badan yang sihat. Ia juga penting dalam Islam kerana disebut dalam Al-Quran iaitu dalam surah Al-Baqarah (2:172).
Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.”
Dalam Al-Quran sendiri telah memberi kita panduan tentang bagaimana untuk mencari yang terbaik untuk diri kita. Rasulullah s.a.w juga amat tegas tentang penjagaan kesihatan terhadap tubuh badan. Sistem imunisasi badan yang baik dapat mencegah kita dari terkena pelbagai penyakit terutama penyakit kronik.
Madu
Madu merupakan satu-satunya makanan dihasilkan oleh lebah yang memiliki kesemua komponen keperluan hidup manusia termasuk enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. Bahan antioksida diperlukan untuk melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel.
Kismis
Kismis adalah sejenis buah anggur segar yang mengandungi kandungan vitamin C dan flavonoid yang tinggi. Vitamin C dapat membantu kesihatan badan manakala flavonoid adalah antioksida yang dapat melawan radikal bebas. Anggur kering iaitu kismis kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Kismis juga merupakan makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan menerangkan hati. Oleh sebab itu, para pelajar digalakkan mengamalkan pemakanan kismis supaya dapat menguatkan daya ingatan dalam pembelajaran.
Kurma
Sejenis buah yang manis dan mempunyai suatu keajaiban untuk manusia. Ia memiliki mineral, vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan dan menjadikan buah kurma diiktiraf sebagai pengganti diet yang paling baik di dunia terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit.Kurma juga dapat membantu pesakit anemia, menguatkan tulang, meningkatkan tenaga batin, mengawal berat badan, mencegah kanser dan mengelak serangan angin ahmar.
Potassium di dalam kurma pula menjadi agen utama dalam menjaga kesihatan sistem saraf. Ia dapat meningkatkan kepantasan dan ketajaman aktiviti otak. Amalan memakan kurma bukan sahaja boleh dilakukan oleh individu malah digalakkan kepada wanita mengandung untuk memakannya bagi membentuk otak yang sihat buat bayi di dalam kandungan.
Habatus Sauda’
Pengamalan minyak habatus sauda’ (biji hitam) sebagai makanan tambahan adalah untuk meningkatkan imunisasi badan dan melawan penyakit.Ia digelar sebagai penawar segala penyakit. Minyak habatus sauda’ telah terbukti mampu merawat penyakit epilepsi.
Pesakit epilepsi adalah pesakit yang mempunyai sakit semua bahagian otak yang tiba-tiba menghantar isyarat secara serentak sehingga mewujudkan kecelaruan kepada pesakit yang menyebabkan sawan. Kajian pada tahun 2007 ke atas kanak-kanak yang menghidap penyakit ini mendapati bahawa minyak habatus sauda’ dapat mengurangkan serangan sawan ke atas kanak-kanak ini. Ini hanya satu daripada banyak lagi kelebihan habatus sauda’ yang membantu pemulihan keadaan otak seterusnya mengoptimumkan kapasiti otak.
Susu Kambing
Susu kambing mempunyai kandungan nutrisi yang dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. Ia ternyata standing dengan susu ibu. Bayi yang minum susu ibu dan susu kambing ternyata memiliki sistem imunisasi yang lebih kuat, lebih cerdas dan pintar berbanding dengan anak-anak yang diberi susu lembu atau susu ibu sahaja.
Selain itu, susu kambing juga boleh diminum oleh semua peringkat umur kerana tidak menyebabkan alahan dan keradangan seperti susu lembu. Partikel lemaknya yang lebih kecil menjadikan susu kambing lebih mudah dihadam berbanding susu lembu.Proses penutrisian otak adalah berkait rapat dengan sistem penghadaman yang baik. Susu kambing telah terbukti mampu merawat Crohn’s disease iaitu suatu penyakit yang kronik melibatkan sistem penghadaman. Keadaan gastrik yang teruk juga boleh dipulihkan dengan susu kambing.
Bình luận