Bekerja Dari Rumah Pendorong Kepada Masalah Obesiti
- nabilah zulkeflee
- Dec 14, 2020
- 2 min read
Updated: Jan 11, 2021
Ramai diantara kita yang mula bekerja dari rumah semenjak berlakunya pandemik covid-19. Hal ini demikian kerana adalah untuk mengurangkan wabak tersebut daripada terus tersebar. Pernahkah antara kita terfikir bekerja dari rumah itu kadang kala boleh membawa kepada berlakunya obesiti? pergerakan kita apbila dirumah sangat terhad dan menyebabkan kita sentiasa berasa lapar.
Sampai satu tahap kita berasa malas untuk melakukan aktiviti senaman fizikal walaupun hanya seminggu sekali. Hal ini disebabkan kerana, badan kita telah terbiasa dengan pergerakan yang ringkas sehingga malas bergerak untuk melakukan apa-apa aktiviti cardio ketika berada dirumah.
Kegemukan melambangkan prosperity dan kesejahteraan yang mana seseorang itu dilihat mampu menyediakan makanan yang mencukupi. Dalam satu keadaan yang lain kurus itu tidak menarik kerana dikaitkan dengan kemiskinan dan penyakit. Hari ini, kurus pula dilihat sebagai piawaian kecantikan seorang wanita.
Kata Pensyarah Pusat Penyelidikan Wanita dan Jantina (KANITA) Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Zaireeni Azm , dalam konteks kesihatan, ia merujuk kepada keadaan berat badan melebihi tahap normal yang secara langsung boleh menjejaskan kesihatan seseorang.
Kalau mengikut pengukuran Body Mass Index atau BMI, individu yang mempunyai berat badan melebihi 20 % berat badan normal mereka dikatakan sebagai “ obese.”Punca obesiti berkait dengan gaya hidup.
Antaranya adalah peningkatan penggunaan makanan segera dan minuman berkabonat. Pengambilan makanan yang tidak baik seperti makanan yang tinggi lemak dan kalori. Penurunan aktiviti fizikal yang mana seseorang itu mempunyai gaya hidup tidak aktif seperti kurang bersenam.
Selain itu, tidak cukup tidur juga menyebabkan perubahan hormon yang membuat seseorang berasa lebih lapar dan mengidamkan makanan berkalori tinggi. Terdapat kajian yang menunjukkan faktor genetik juga boleh menyumbang kepada obesiti.
"Mengikut Model Insentif Positif, kita mempunyai pelbagai sebab untuk makan termasuk Keseronokan peribadi dari segi jenis dan rasa makanan, konteks sosial latar belakang budaya, kehadiran individu lain sama ada mereka pun turut makan atau tidak, faktor biologi seperti tahap glukosa darah dan tempoh masa diambil utk makan," jelas Dr. Zaireeni.
Suasana sosial yang merupakan sebahagian daripada aktiviti sosial penting dalam proses makanan. Orang akan makan lebih banyak jika terdapat kehadiran orang lain kecuali mereka merasakan mereka akan dihakimi apabila makan jadi mereka akan makan sedikit. Ia menunjukkan unsur norma sosial dalam proses makanan.
Bekerja dari rumah pendorong kepada masalah obesiti itu sangat bergantung kepada disiplin diri dalam pemilihan makanan dan juga gaya hidup seseorang. Sekiranya individu tersebut mengamalkan gaya hidup tidak aktif, maka ia boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan.
Sumber:
-Pensyarah Pusat Penyelidikan Wanita dan Jantina (KANITA)
Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Zaireeni Azmi.
Comments