Tips Buat Roti yang Lembut dan Gebu
- nabilah zulkeflee
- Dec 7, 2020
- 3 min read
Updated: Jan 11, 2021
1. Sebelum membuat roti, sediakan segala alatan dan bekas menguli, pemilihan bahan amat penting, bahan akan mempengaruhi, hasil roti yang dibakar nanti. Suhu air suam dan susu juga pastikan tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas, perlu suam-suam, suhunye lebih kurang 30 darjah.
2. Pilih tepung roti yang baik, jangan beli yang murah, sebab teksturnya tidak halus, sebab bila buat apa jenis roti semua tidak akan jadi, walaupun doh itu sudah habis lembut dan elastik.
3. Pastikan semua sukatan bahan tepat, tapi sukatan cecair itu boleh adjust, bahan yang lain kalau boleh jangan di tambah, terutamanya sukatan marjerin atau butter, butter dan marjerin tidak boleh lebih, sebab kandungan garam dalam dua bahan ini akan mematikan yis.
4. Yis perlu aktif, kalau nak selamat buat proses penapaian, caranya, ambil air suam dalam suku cawan, campur 1/3 sudu kecil tepung gandum dan 1/2 sudu kecil gula, masukkan yis dan biarkan seketika, jika yis berbuih maknanya yis aktif dan boleh terus dicurah di dalam adunan. Itu cara selamat tapi kalau yakin boleh terus letak yis kering dalam adunan.
5. Bagi proses menguli, buat roti ini boleh terus lebur sahaja semua bahan, tapi kalau ada menggunakan telur, telur perlu di kacau sedikit menggunakan garpu dan uli hingga menjadi doh, uli selama 6 hingga 8 minit tanpa henti.
6. Tips yang ke 6 amat berguna bagi yang menguli menggunakan tangan, setelah adunan menjadi doh, lumurkan sedikit doh dengan sedikit sahaja marjerin, dan masukkan di dalam plastik bersih, ramaskan doh beberapa minit, ramas dan picit-picitkan doh tu selama mana yang anda suka, lebih kurang 5-10 minit sahaja juga boleh, lepas itu keluarkan dari plastik dan uli balik di dalam bekas adunan. Hasilnya doh akan menjadi elastik dan lembut.
7. Proses pemerapan, pastikan doh di perap di tempat yang mempunyai cahaya matahari, jika duduk di luar negara musim sejuk, letak doh di sebelah heater, jangan biarkan doh di dapur, sebab doh perlu suhu yang agak panas untuk mengembang, dan tutup doh dengan plastik wrap atau kain bersih. Cara nak tahus doh sudah cukup diperap ialah, apabila kita tekan doh dengan jari, doh tidak akan memantul kembali.
8. Tumbukan doh bagi keluarkan angin, dan uli semula beberapa minit, kemudian bahagikan doh mengikut kuantiti yang anda suka, dan kemudian perlu juga rehatkan beberapa minit, lebih kurang 8 minit, baru dimasukkan inti ataupun di letakkan terus dalam loyang pembakar.
9. Setelah dibentuk kena perap lagi, peringkat ini perlu jaga-jaga, jangan terlalu over perap, nanti liang-liang roti menjadi besar dan roti tidak akan gebu. Masa perap ini jangan terlalu lama, paling lama pun sejam, yang paling elok hanya 40 minit, atau bila sudah tengok naik dua kali ganda tu terus boleh bakar.
10. Sebelum bakar, kena glis dulu mengikut pemerhatian saya untuk mendapatkan permukaan doh yang berkilat itu, kita kena campurkan telur, susu dan beberapa titik madu, gliss perlahan atas doh, dan terus bakar, jangan gliss terlalu awal, nanti rosak permukaan doh itu, pastikan bila nak bakar sahaja baru gliss .
11. Masa bakar itu, bakar pada suhu 170 hingga 200 darjah, bila nampak doh dah perang kt permukaannya itu, terus buka pintu oven dan cover atas roti tadi dengan alumunium foil, pastikan permukaan roti betul-betul tertutup, kemudian tutup kembali pintu oven dan biarkan masa pembakaran selesai. Tips ini amat membantu untuk mendapatkan pemukaan doh yang tidak begitu perang.
Nota:
-Kalau guna breadmaker juga perlu jaga-jaga masa membentuk roti itu, kalau bakar terus dalam breadmaker selalunya tiada masalah.
Comments