Si Makcik Bawang Putih Yang Banyak Khasiat
- nabilah zulkeflee
- Jan 7, 2021
- 2 min read
Updated: Jan 11, 2021
Bawang putih boleh dikatakan bahan wajib ketika memasak kerana ia memberi aroma dan rasa selain membuka selera dengan bau harumnya terhadap sesuatu masakan itu. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui bahawa ia boleh di gunakan sebagai ubat dan mendatangkan manfaat yang banyak terhadap kesihatan tubuh badan.
Bawang putih memiliki keistimewaan aroma yang amat kuat sehingga ramai orang tidak mengamalkan pengambilannya, sedangkan ia mengandungi khasiat kesihatan. Nama saintifik yang dinyatakan dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bawang putih dalam bahasa latin ialah Allium Sativum yang membawa maksud celery beraroma kuat. Dalam bahasa Arab pula, bahasa Al-Quran ia disebut sebagai Fum.
Di samping itu, khasiat bawang putih diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana ia membantu membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.
Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati boleh digunakan untuk mengelakkan serangan jantung, mengurangkan tekanan darah tinggi dan kanser. Namun begitu, di Korea, orang-orang tua menjadikan bawang putih sebagai rutin bila mana mereka akan makan bawang putih mentah di kebun dan kuil.
Di samping itu, mengamalkan tiga ulas bawang putih pada setiap waktu pagi, dan ditumbuk sehingga halus dapat mencegah badan kita dari penyakit yang kronik dan berisiko.
Apabila seseorang itu mengalami batuk kokol, perlu menghiris beberapa ulas bawang putih, kira-kira satu genggam tangan dan masukkan ke dalam air yang telah direbus dengan sedikit garam dan menghasilkan wap air. Setelah itu, hirup wap air tersebut dari jauh. Ia sebaiknya dilakukan sebelum tidur supaya pada waktu pagi akan berasa lega. Selama seminggu melakukannya akan nampak perubahan baik yang akan berlaku iaitu dapat mengurangkan batuk kokol tersebut.
Bagi individu yang kerap mengalami selsema terutama mereka yang mempunyai penyakit resdung, boleh mencuba bawang putih sebagai penyembuh.
Justeru itu, bagi mereka yang mengalami sakit gigi juga boleh menggunakan bawang putih sebagai ubat untuk merawatnya. Caranya adalah, letakkan sebahagian ulas bawang putih ke gigi yang sakit dan tunggu sebentar. Rasa sakit gigi itu akan hilang dan apabila seluruh rahang terasa sakit, maka letakkan seulas bawang putih pada bahagian dalam pangkal telinga kea rah rahang yang sakit.
Selain itu, bawang putih juga berfungsi merawat sakit mata. Cara untuk merawatnya adalah dengan kunyah daun bawang putih, kemudian letakkan pada mata di waktu pagi dan petang. Jika kerap dilakukan, ia boleh menyembuhkan sakit mata itu.
Bawang putih sememangnya mempunyai banyak khasiat yang tersendiri, selain dapat merawat penyakit-penyakit yang berikut, ia juga boleh merawat penyakit seperti mencegah penyakit ,wabak,AIDS, menguatkan otot, membunuh virus influenza dan pelbagi lagi.
Selain kita menggunakan ubat doktor untuk merawat penyakit, kita juga boleh menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti bawang putih, kerana setiap bahan semula jadi yang tercipta terdapat fungsinya yang tersendiri.
Tambahan pula, bagi merawat penyakit-penyakit yang dialami, tidak kira berapa ulas bawang putih yang harus diambil kerana ia terpulang kepada individu tersebut. Bagi melihat hasilnya setelah menggunakan bawang putih, ia terpulang kepada antibodi seseorang, jika antibodinya kuat maka dalam beberapa hari sudah sembuh.
Comments