top of page

Betul Ke Fotografi Makanan Bertujuan Untuk Tipu Mata Pengguna?

Sering tular di media sosial apabila warganet meluahkan kekecewaan mereka akibat pembelian yang dilakukan mereka terhadap sesebuah makanan tidak mencapai tahap yang dijangkan.


Terdapat pelbagai sebab dan salah satunya adalah kerana disebabkan produk yang diperoleh tidak sama dengan apa yang terpampang di iklan. Bagi mereka, sebuah penipuan telah berlaku.


Jadi, adakah ianya disengajakan oleh jurufoto makanan untuk berbuat demikian demi mencapai sasaran “menaikkan selera pelanggan” lalu membeli produk tersebut?


Menurut jurufoto makanan, Shah Affendy, 32, ianya semua terpulang kepada jurufoto dan klien itu sendiri. Mereka berhak untuk menentukan bagaimana produk tersebut dipersembahkan walaupun ianya akan mengaburi mata pelanggan.


Penggaya makanan akan membuatkan makanan tersebut lebih menarik dan ianya memerlukan alatan tambahan yang tertentu untuk menjayakannya bergantung kepada jenis makanan. Lazimnya, teknik ini digunakan oleh syarikat-syarikat makanan yang besar terutamanya yang berstatus francais.



GAMBAR: Shah Affendy


Shah sendiri tidak menggemari idea yang dilihat seperti menipu pelanggan. Beliau lebih gemarkan makanan yang menjadi subjek penggambaran adalah makanan yang sebenar dan kalau pun ada perubahan dilakukan, ianya hanyalah minima.


“Jujurnya saya tidak akan menggunakan bahan tambahan untuk menjadikan subjek lebih menarik. Tambahan pula, klien saya selalunya mahu makanan yang dipaparkan di dalam gambar menyamai dengan apa yang mereka akan hidangkan kepada pelanggan di kedai,” jelas Shah.


Apa yang penting untuk Shah adalah teguh kepada teknik fotografi seperti menggunakan lensa yang sesuai, pencahayaan yang baik dan juga prop yang bersesuaian untuk mendapatkan hasil terbaik.

Namun itu boleh menjadi cabaran buat Shah apabila melakukan penggambaran di kedai klien bukannya di studio.


“Jika klien saya adalah pengusaha restoran, saya akan ke kedai mereka untuk melakukan penggambaran. Apa yang menyukarkan saya adalah apabila saya perlukan pencahayaan tambahan, ianya menghasilkan dilema oleh pemilik restoran kerana mereka tidak mahu menggangu pelanggan mereka menjamu selera.”


“Disebabkan itu, saya pernah melakukan penggambaran di dapur restoran kerana di bahagian hadapan semuanya telah dipenuhi dengan pelanggan,” jelas Shah yang kini hasil kerjanya disiarkan di laman sesawang Fave Malaysia.


KREDIT GAMBAR: Shah Affendy

Comments


Jom Langgani WARONG

Thanks for submitting!

©2020 oleh WARONG. Dipersembahkan oleh Wix.com

bottom of page