Mihun Goreng Ala Warung Gamit Memori Anak Perantau
- nabilah zulkeflee
- Jan 3, 2021
- 1 min read
Updated: Jan 11, 2021
Rindukan suasana kampung halaman yang penuh kedamaian dengan bunyi unggas saling bersahutan? Hari ini admin kongsikan mihun goreng ala warung yang pasti akan menggamit semula memori anda!
Bahan A • 1 bungkus mihun (direndam dan ditoskan) • 1 batang lobak merah (diparut) • 1 biji telur • ½ cawan air • 3 sudu makan minyak masak • Garam secukup rasa • Perasa (terpulang kepada cita rasa anda)
Bahan B (Dikisar/ditumbuk) • 2 sudu makan lada hitam • 2 biji bawang merah • 3 ulas bawang putih • 5 biji cili api
Bahan C (hiasan) • Bawang goreng • Daun sup • 1 biji cili merah

Cara memasak: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar atau ditumbuk sehingga wangi 2. Masukkan telur, tambahkan sedikit perasa. Kemudian kacau rata 3. Masukkan lobak merah. Kemudian kacau rata 4. Masukkan air. Kemudian kacau rata 5. Masukkan mihun. Tambahkan sedikit garam secukup rasa. Gaul rata sehingga mihun kelihatan lembut 6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. 7. Semasa menghidang, hiriskan daun sup dan cili merah sebagai penyeri makanan.

Selamat mencuba! Resepi dikongsi oleh Nurul Nabilah Zulkeflee
Commenti