Tips Membeli Makanan Melalui Perkhidmatan Penghantaran Makanan Secara Dalam Talian
- Aiman Suhaimee
- Nov 16, 2020
- 1 min read
Updated: Jan 11, 2021
Penularan wabak Covid-19 sejak awal tahun lalu telah memberikan impak yang cukup besar kepada sektor ekonomi dan kesihatan rakyat.
Aktiviti ekonomi di seluruh dunia mula mengalami penyusutan yang cukup drastik dan kebanyakan sektor ekonomi utama mula lumpuh dan tidak mampu untuk meneruskan kelangsungan seterusnya terpaksa menggulung tikar.
Kesan kemelesatan ekonomi yang melanda ini secara tidak langsung telah membuka peluang rezeki kepada masyarakat untuk menceburi bidang-bidang ekonomi mikro misalnya bidang perniagaan makanan dan perkhidmatan penghantaran makanan.
Sektor perkhidmatan penghantaran makanan mula berkembang pesat di seluruh negara selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang memaksa masyarakat untuk mengurangkan pergerakan di luar premis kediaman bagi membantu meratakan lengkung penularan Covid-19.
Sungguh pun begitu, masih ada beberapa Panduan Operasi Standard (SOP) norma baharu yang perlu kita patuhi bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. Berikut merupakan tips mudah membeli makanan melalui perkhidmatan penghantaran makanan secara dalam talian. Bersama kita amalkan norma baharu!
1. Beli dari sumber yang boleh dipercayai
Terdapat pelbagai jenis aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan seperti Grab Food, Food Panda, Lalamove, Mr Speedy, BungkusIt, dan GoGet.
2. Pembayaran secara dalam talian
Membuat pembayaran secara dalam talian sejurus selesai membuat pesanan makanan adalah lebih selamat dan menjimatkan masa.
3. Penjarakan fizikal
Amalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter semasa menerima makanan.
4. Periksa makanan yang diterima
Periksa makanan dengan menghidu, melihat dan merasa sedikit terlebih dahulu sebelum makan. Jika makanan tersebut rosak atau basi, jangan makan. Hubungi semula penghantar makanan tersebut serta membuat aduan.
5. Simpan makanan ditempat yang selamat
Jika makanan yang dibeli tidak habis dimakan, hendaklah disimpan di dalam peti sejuk. Jangan simpan makanan tersebut terlalu lama kerana kualiti makanan tersebut akan terjejas.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Comments